Posts

Showing posts from March, 2024

SATU - ZOMBI

 Akademia dipenuhi zombi. Inilah kesimpulan yang aku dapat setelah berjinak2 dengan dunia akademik tinggi selama 20 tahun. Kalau menurut kesusasteraan semasa, dari segi fizikalnya, zombi ada ciri2 manusia, namun ia tidak memiliki minda, kesedaran, adab dan kebijaksanaan manusia. Begitulah tanggapanku terhadap dunia akademik sekarang, (2024). Ianya jauh dari apa yang aku gambarkan tentang dunia akademik, dunia ilmuwan sejak dari usia mudaku. Dari segi rupa, ia masih kelihatan seperti sebuah institusi mulia terhormat yang menjuarakan penerokaan ilmu demi kemajuan insan. Didalamnya penuh dengan ilmuan2 yang hebat, disegani. Dengan kampus yang di kemas rapi dan suasana tenang, aman yang menggambarkan kebebasan minda, dengan makmal, dewan kuliah yang masih lagi melaungkan nama2 ilmuwan terdahulu dan ide2 besar dunia. Namun kini, di mataku, ia hanyalah sebuah kelongsong indah yang di dalamnya dipenuhi penipuan dan kegelapan. Tiada ilmu, tiada kebijaksanaan, tiada perjuangan di dalamnya. Yang