EMPAT - KERTAS ILMIAH
Menulis kertas ilmiah merupakan lambang kesarjanaan seseorang ilmuwan. Kertas ilmiah bukan sebarang penulisan. Ia merupakan hasil penta'kulan yang berhati2, ulasan yang jitu, dibuat oleh akal yang cerdas dan bertnggungjawab. Namun kini, ia menjadi suatu permainan yang sia2. Kertas demi kertas ditulis, dengan jutaan wang dihamburkan semata2 kerana ia adalah Key Performance Indicator b agi seorang pensyarah. Ia kini menjadi fenomena menternak ular tedung untuk mendapat ganjaran. Ia dibuat semata2 untuk menghambat ganjaran kenaikan pangkat atau lari dari dihambat hukuman tidak naik gaji sekiranya tidak dibuat. Natijahnya, semakin banyak kertas dihasilkan oleh pensyarah dan penyelidik universiti, manfaat atau kesannya tidak terlihat di dalam masyarakat. Tiada Inovasi baharu, tiada peningkatan kesedaran dikalangan masyarakat. KEmerosotan alam, kemiskinan, pemerkosaan sumber, semakin menjadi2 di dalam negara. Mengapakah hal ini terjadi? Mari kita lihat. Fator tedung: Ini telah diulas di...