TIGA - TUAN DAN HAMBA

Krisis yang dialami dunia pada masakini adalah krisis persepsi dan pemikiran. Secara spesifiknya krisis ini boleh disimpulkan sebagai krisis tuan dan hamba. Dari sudut neurologi, otak manusia terbahagi kepada dua, otak kiri dan otak kanan. Otak kanan adaalh yang berfikir tentang hal2 yang abstrak, tentang gambaran besar, tentang intuisi, empati dan hal-hal yang subjektif. Otak kanan pula lebih rasional, mekanikal, dan terfokus. Diantara kedua2 otak ini, yang manakah yang lebih berguna? kedua2nya berguna, namun salah satunya sepatutnya lebih dominan dan menguasai dan mengarahkan otak yang satu lagi. Satu sepatutnya menjadi tuan dan satu lagi sepatutnya menjadi hamba. Krisi yang terjadi sekarang ialah fungsi tuan dan hamba ini telah terbalik, yang sepatutnya menjadi hamba kini menjadi tuan. Apanila ini berlaku, maka krisis tamadun mincul pada hari ini.

Saranan ini bukanlah suatu yangbaharu. Einstein , telah didakwa seabgai mengatakan:

"Albert Einstein called the intuitive or metaphoric mind a sacred gift. He added that the rational mind was a faithful servant. It is paradoxical that in the context of modern life we have begun to worship the servant and defile the divine."

(Bob Samples,  “The Metaphoric Mind: A Celebration of Creative Consciousness” 1976.

 Albert  Einstein meggelar minda intuitif adalah anugerah suci sedangkan minda rasional adalah hamba yang taat. Adalah suatu yang aneh di dalam konteks dunia moden, kita mula menyembah hamba ini dan menyisihkan yang suci.

Dari sini boleh dikatakan otak kanan adalah tuan dan otak kiri adalah hamba. Intuisi, sentimen, cinta sepatutnya menguasai pemikiran rasional. Namun apa yang terjadi dalam dunia sekarang ialah otak rasional menguasai pemikiran dan menjadi tunjang tamadun moden.

Saranan yang lebih tepat dari segi neurologi diutarakan oleh Iain MC GLichrist. Di dalam bukunya MAster and Emissary, Iain menerangkan hal ini seperti berikut:

"Manusia berevolusi dengan 2 otak. Otak kiri berfungsi untuk mencari makanan dan mangsa. Ianya sangat fokus, memerlukan ketajaman tumpuan. Seperti seekor haiwan pemangsa yang menghendap mangsanya, matanya, pendengarannya bahkan seluruh tubuhnya berfokus kepada mangsa yang hendak diterkam. Ketika itu apa yang menjadi tumpuan pemikirannya ialah mangsa. Manakala otak kanan sebenarnya berfungsi untuk perkara yang lebih besar. Ia perlu waspada keadaan sekliling. Ia perlu peka pada Kemungkinan ada bahaya dari pemangsa lain yang boleh mengancam dirinya. Selain dari itu, otak kanan juga memikirkan soal kelangsungan hidup, menjaga kawanan, menyayangi anak2, bekerjasama dalam kumpulan.

APa yang terjadi masakini, menurut Mcgilchrist,ialah kita membina tamadun dengan hanya menekankan pendekatan otak kiri, iaitu otak yang digunakan untuk meraih keuntungan, mengolah persekitaran demi mendapat ganjaran. Kita menggali dan membongkar sumber alam sekitar semata2 kita inginkan kemewahan. Kita tak peduli tentang alam sekitar, tentang nilai kekeluargaan, tentang kasih sayang dan tanggungjawab.

Contoh yang mudah. Kita melihat sumber minyak sebagai sumber kekayaan. Kita melihat minyak sebagai cara untuk mendapatkan wang untuk membeli bukan sahaja keperluan, bahkan kemewahan yang menguntungkan diri sendiri. Kesan kepada alam, kesan kepada tumbuh2an,haiwan bahkan kelompok manusia lain tidak berada dalam pertimbangan kita. Ini mode otak kiri. Ia digunakan untuk meraih sesuatu keuntungan. untuk memanipulasi situasi demi kepentingan diri. ini mode pemangsa. Sekiranya otak kanan turut berfungsi, maka akan ada pertimbangan, patutkah aku menghabisi simpanan minyak ini. Apa kesan kepada alam sekitar? bagaiman anak cucu ku dapat meneruskan hidup kalau sumber ini habis dengan cepat. Sekarang kita tanya diri kita, dalam situasi sekarang, adalkah otak kanan kita berfungsi? Sudah tentu tidak. Siapa yang dapat mengeluarkan minyak ini dengan cepat dan banyak, ia akan kaya.

Comments

Popular posts from this blog

SATU - ZOMBI

DUA - TEDUNG