DUA - TEDUNG

Antara cemuhan segelintir masyarakat terhadap akademia ialah dengan ribuan kertas penulisan ilmiah yang digahkan oleh pihak akademia, ia seakan2 tidak memberi manfaat kepada masyarakat. (Utusan Malaysia 28 Disember 2023, Dalam Negeri). Bukan di Malaysia sahaja, bahkan serata dunia mula mempersoalkan, sehingga mencemuh, tentang apakah makna dan manfaat kertas ilmiah yang diterbitkan dengan kos yang agak mahal.

Pada saya ini adalah akibat dari penekanan membuta tuli terhadap salah suatu kaedah pengiraan nilai yang dangkal, iaitu kesarjanaan ingin dikira dari segi banyaknya kertas ilmiah yang diterbitkan. Apabila bilangan kertas menjadi taruhan untuk kenaikan pangkat para sarjana, maka kertaslah yang akan bertimbun, Sedangkan isi dan makna serta nilai ilmu didalamnya entah kemana. Fenomena ini boleh diberi tamsil dengan suatu kisah, yang kita namakan kisah tedung di India.

Disini ingin saya mengetengahkan analogi kisah tedung. Kisahnya begini. INi kisah benar yang terjadi di benua INdia semasa Penjajahan British. 
Di india, ada sebuah kampung yang diancam dengan ular tedung. Banyaknya ular tedung menyebabkan pihak berkuasa British ketika itu mengumumkan ganjaran kepada mereka yang menangkap ular tedung. Akhirnya penduduk menternal ular tedung semata2 inginkan ganjaran. Apabila British dapat tahu amalan songsang ini  maka ganjaran dihentikan. Akibatnya ular tedung yang diternak dibebaskan dan menjadikan ular tedung lebih banyak dari sebelumnya.

Kisah ini boleh dijadikan tamsil akademia hari ini. PEnsyarah dinilai dari segi pencapaian tahunannya melalui Key Performance Index (KPI). Terkini, dalam membantu prestasi universiti mencapai markah yang baik dalam pengiraan ranking dunia, maka bilangan kertas ilmiah dijadikan sasaran. Setiap pensyarah ditentukan bilangan kertas ilmiah yang harus diterbitkan bergantung kepada gred jawatan pensyarah.

Kini menerbitkan kertas ilmiah telah dijadikan sasaran, maka maksud penulisan telah berubah. Kalau dahulu penulisan ilmiah adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat, sekaran ia menjadi sasaran untuk kenaikan pangkat. Umpama kisah ular tedung tadi, tedung liar yang mengancam keselamtan penduduk tidak lagi ditangkap, sebaliknya di ternak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi mendapatkan ganjaran.

Adakah kertas yang dihasilkan benar2 tidak memberi manfaat? Disini mari kita bincangkan

Nilai ilmu yang dangkal: Apabila kertas ilmiah perlu diterbitkan sehingga 2 atau 3 buah setahun, bila kah masa penerkoaan ilmu berlaku. kertas ilmiah yang hebat memerlukan kajian yang mengambil masa bertahun.

Terdapat 2 lagi kupasan fenomena ini yang menyatakan masalah yang timul dari sistem pengukuran dan ganjaran:


Goodhart's law is an adage often stated as, "When a measure becomes a target, it ceases to be a good measure".[1] It is named after British economist Charles Goodhart, who is credited with expressing the core idea of the adage in a 1975 article on monetary policy in the United Kingdom:[2]

Any observed statistical regularity will tend to collapse once pressure is placed upon it for control purposes.[3]

It was used to criticize the British Thatcher government for trying to conduct monetary policy on the basis of targets for broad and narrow money,[4] but the law reflects a much more general phenomenon.[5]


Campbell's law is an adage developed by Donald T. Campbell, a psychologist and social scientist who often wrote about research methodology, which states:

The more any quantitative social indicator is used for social decision-making, the more subject it will be to corruption pressures and the more apt it will be to distort and corrupt the social processes it is intended to monitor.[1]

Comments

Popular posts from this blog

SATU - ZOMBI

TIGA - TUAN DAN HAMBA