SATU - ZOMBI

 Akademia dipenuhi zombi. Inilah kesimpulan yang aku dapat setelah berjinak2 dengan dunia akademik tinggi selama 20 tahun. Kalau menurut kesusasteraan semasa, dari segi fizikalnya, zombi ada ciri2 manusia, namun ia tidak memiliki minda, kesedaran, adab dan kebijaksanaan manusia.

Begitulah tanggapanku terhadap dunia akademik sekarang, (2024). Ianya jauh dari apa yang aku gambarkan tentang dunia akademik, dunia ilmuwan sejak dari usia mudaku. Dari segi rupa, ia masih kelihatan seperti sebuah institusi mulia terhormat yang menjuarakan penerokaan ilmu demi kemajuan insan. Didalamnya penuh dengan ilmuan2 yang hebat, disegani. Dengan kampus yang di kemas rapi dan suasana tenang, aman yang menggambarkan kebebasan minda, dengan makmal, dewan kuliah yang masih lagi melaungkan nama2 ilmuwan terdahulu dan ide2 besar dunia.

Namun kini, di mataku, ia hanyalah sebuah kelongsong indah yang di dalamnya dipenuhi penipuan dan kegelapan. Tiada ilmu, tiada kebijaksanaan, tiada perjuangan di dalamnya. Yang ada hanyalah dendangan2 khayal yang mengelirukan, medan perebutan jiwa yang tamak dan malas. Walaupun yang berdiri dan berjalan di dalam dunai akademia adalah asalnya minda2 pintar, berinspirasi, namun hakikatnya terdapat kegelapan yang mengubah itu semua menjadi zombi yang kosong keinsanan.

Di mata masyarakat, ia masih lagi sebuah institusi terhormat, ilmuwannya dianggap pemimpin masyarakat, layak dijulang sebagai simbol kemajuan masyarakat. Memanglah kerana itu kelongsong yang dipakai.

Siapa aku yang berkata begini? Dari kacamata yang sama di atas, aku hanyalah salah seorang ilmuan yang tidak begitu menjadi. Aku sering bersuara lantang menyongsang arus. Oleh itu aku tidak dapat berada dipuncak kegemilangan akademia dengan jawatan professor yang sering jadi rebutan. Setakat serang prof madya yang entah ia entah tidak. Aku puns endiri tidaklah tergila2kan jawatan puncak itu, setelah aku melihat realiti dunia akademik. Aku tak mahu terpalit, aku tak mahu tertipu. Aku tak mahu menipu. Dengan segala kekuranganku, aku sedar ramai yang berkata aku tidak layak bersuara sebegini. Namun aku telah pasrah. PErlu ada suara sebegini. Kerana suara ini tidak mungkinakan datang dari dalam kelongsong akademik.

Comments

Popular posts from this blog

TIGA - TUAN DAN HAMBA

DUA - TEDUNG