EMPAT - KERTAS ILMIAH
Menulis kertas ilmiah merupakan lambang kesarjanaan seseorang ilmuwan. Kertas ilmiah bukan sebarang penulisan. Ia merupakan hasil penta'kulan yang berhati2, ulasan yang jitu, dibuat oleh akal yang cerdas dan bertnggungjawab. Namun kini, ia menjadi suatu permainan yang sia2. Kertas demi kertas ditulis, dengan jutaan wang dihamburkan semata2 kerana ia adalah Key Performance Indicator bagi seorang pensyarah. Ia kini menjadi fenomena menternak ular tedung untuk mendapat ganjaran. Ia dibuat semata2 untuk menghambat ganjaran kenaikan pangkat atau lari dari dihambat hukuman tidak naik gaji sekiranya tidak dibuat. Natijahnya, semakin banyak kertas dihasilkan oleh pensyarah dan penyelidik universiti, manfaat atau kesannya tidak terlihat di dalam masyarakat. Tiada Inovasi baharu, tiada peningkatan kesedaran dikalangan masyarakat. KEmerosotan alam, kemiskinan, pemerkosaan sumber, semakin menjadi2 di dalam negara.
Mengapakah hal ini terjadi? Mari kita lihat.
Fator tedung: Ini telah diulas di dalam bab ke 2. Apabila ganjaran dihasilkan kepada bilangan kertas ilmiah dihasilkan, berlaku ontological reductionism dimana erti kesarjanaan telah diturunkan dari memberi nilai ilmu, kepada bilangan helaian kertas yang dihasilkan.
Yang kedua, kertas ilmiah tidak lagi membincangkan hal-hal yang penting untuk masyarakat. Asalkan ia boleh diterbitkan di persada antarabangsa, ia merupakan pencapaian penulis. Akibatnya tajuk ataupun isu yang dikupas oleh kertas ilmiah tidak relevan dan tidak berpusat kepada masalah dunia nyata. Kertas Ilmiah menjadi semakin sia sia.
Satu lagi faktor, apabila kementerian menjadikan bilangan kertas ilmiah yang diperlukan setiap tahun (contohnya untuk Pensyarah kanan satu kertas setahun, perofessor madya 2 atau tiga setahun, professor 4 setahun dsb), ia menjadikan proses pencernaan ilmu tidak berlaku. Suatu kertas ilmiah memerlukan pneyelidikan lebih dari setahun. Jadi apakah yang dihasilkan sekiranya kertas ditulis lebih dari ssatu dalam setahun? apakah penyelidikan benar2 dibuat?
Tidak dinafikan ada bidang yang boleh menghasilkan satu kertas ilmiah dalam masa beberapa bulan sahaja. Bahkan ada yang boleh menghasilkan satu kertas seminggu. tapi rata2 ini terpakai untuk bidang sains tulen, seperti kimia. Diamana campuran boleh dibuat dalammasa beberapa jam dan kesannya boleh dilihat pada hari yang sama. Adalah bukan suatu kebetulan, bahawa pentadbir2 yang membuat polisi dikementerian adalah dari golongan saintis tulen ayng berfikiran mekanikal dan dangkal seperti ini. Bidang kemanusaan, bidang seni, memerlukan pembacaan, pemerhatian yang panjang. Kesan sesuatu intervensi ke atas masyarakat, contohnya kesan penggunaan telefon mudah alih ke atas tumbsaran kanak2, memerlukan masa bertahun untuk dikaji. Bahkan ada juga bidang sains yang memerlukan kajian bertahun, contohnya mengkaji kadar retakan sebuah jambatan. Oleh tiu pemakaian polisi yang berat sebelah menjadikan bidang yang memerlukan penyelidikan panjang menjadi dangkal. Penyelidik akan tertekan menghasilkan penemuan baharu dalam masa yang singkat.
Seandainya seroang penyelidik boleh menghasilkan beberapa kertas imiah setiap tahun, boleh dipersoalkan, apakah kajiannya mendalam? apakah kajiannya relevan? ataupun setakat melepaskan batuk ditangga? Kita andaikan seorang tukang masak memerlukan masa untuk memasak hidangan. Seandainya dia seorang boleh memasak puluhan hidangan dalam masa yang singkat, akan timbul persoalan, apakah dia sendiri yang memasak atau adakah dia membeli dari orang lain makanan yang telah siap dimasak? Apakah diabenar2 mahir memasak?
Penulisan kertas imiah kini merupakan proses yang mekanikal. Maksudnya ia boleh dihasilkan dengan kaedah tertentu, tanpa memerlukan pemikiran yang asli. Sekirnya kti patuh pada proses dan manual penulisan, sesiapapun boleh menulis.
Dari aspek lain, proses penerbitan kertas ilmiah boleh dianggap skim penipuan. SEmakin banyak dibongkar kertas ilmiah yang tidak beretika, plagiarism, pemalsuan data, dan sebagainya.
Yang paling menyedihkan ialah penerbitan jurnal ilmiah kini rata2 merupakan suatu aktiviti yang menelan belanja yang agak besar. Untuk menerbitkan suatu kertas di jurnal terkemuka, boleh menelan belanja belasan ribu ringgit. Kalau di alamnyata, ini suatu fenomena yang pelik. Penulis menyumbangkan artikel atau kertas ilmiah untuk suatu penerbit. Pnerbit akan memnbuat keuntungan melalui jualan penerbitan berjilid dari beberapa kertas ilmiah. Namun yang peliknya, penulis tidak dibayar apa2m bahkan penulis yang perlu membayar kepada syarikat penerbitan.
Ada lagi suatu hal yang lebih malang dalam tragedi ini. Ilmu yang dihasilkan di dalam kertas ilmiah tersebut adalah hasil penyelidikan sarjana, yang mendapat dana awam dan mencecah ratusan ribu bahkan jutaan ringgit. Hasil yang diperolehi, diterbitkan di dalam jurnal luar negara yang berprestij kununnya. Akibatnya, rakyat awam yang sepatutnya menerima manfaat dari ilmu tersebut tidak akan dapat membaca hasil buah fikiran penyelidik itu, melainkan ia perlu membayar pula kepada syarikat penerbitan. Tidakkah ini satu penyelewengan yang yang pelik?
Comments
Post a Comment